Skip to main content.

Piagam Pelanggan

Warga Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru bertekad, beriltizam dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk:

  1. Memberikan layanan mesra kepada setiap pelanggan dan 'stake holder'.
  2. Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan 'stake holder'.
  3. Memastikan maklum balas setiap urusan dalam masa 5 hari bekerja.
  4. Memastikan setiap kes aduan diuruskan dalam tempoh 10 hari berkerja.
  5. Memastikan pertukaran pelajar diuruskan serta merta.
  6. Memastikan penempatan pelajar diuruskan dalam tempoh 24 jam.
  7. Memastikan rayuan penempatan dan pertukaran pelajar diselesaikan dalam tempoh 1 hari berkerja.
  8. Menyediakan kakitangan yang produktif dan berdisiplin.
  9. Memastikan semua kakitangan mengamalkan pengurusan pentadbiran yang berkualiti.
  10. Memastikan semua kakitangan bertanggungjawab kepada semua keputusan dan tindakan.
  11. Memastikan urusan dan keputusan dilaksanakan secara integriti, telus , adil dan bertanggungjawab.
  12. Memastikan semua kakitangan berupaya dan sentiasa bersedia memberi maklumat dan penerangan dengan tepat , cepat dan terkini kepada pelanggan dan stakeholder.
  13. Sentiasa bersedia menerima teguran konstruktif daripada semua pihak bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
  14. Memastikan pelanggan dan stakeholder berpuashati apabila berurusan dengan PPD