banner1
 

Pentadbiran Berita


15 Nov 2013 - Jumaat PEMAKLUMAN MENGENAI STATUS PELAKSANAAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP)

Assalamualaikum wbt / Salam sejahtera

Makluman kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa Surat Siaran dari Pejabat Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia                         Ruj: KP(PP)0053/7Jld.14(30)  bertarikh 1 November 2013 menjelaskan bahawa semua Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) bagi mata pelajaran Sains, Matematik (Sepenuh dalam Bahasa Inggeris) dan mata pelajaran Bahasa Inggeris diberhentikan mulai 1 Januari 2014. Sehubungan itu, tuan diminta mengambil langkah-langkah berikut sesuai dengan arahan tersebut;

1. Kew8 berhenti BISP yang telah diluluskan perlu disertakan bersama dengan SG20 untuk tindakan perubahan gaji bulan Januari 2014 dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah sebelum atau pada 29 NOvember 2013.

2. Sebarang kelewatan penghantaran Kew8 dan SG20 akan ditanggung oleh pihak sekolah

4. Sekiranya terdapat sebarang tunggakkan bayaran BISP Tahun 2013 (guru Bahasa Inggeris  baru melapor diri) hendaklah disediakan  Kew8 serta  
diselesaikan dan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah sebelum atau pada 29 November 2013.

4. Mulai 1 Januari 2014 tidak ada sebarang bayaran BISP untuk ketiga-tiga subjek tersebut di atas.


Tindakan : Pengetua / Guru Besar / PT Kewangan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : BABA BIN ISMAIL | Penolong PPD Sains Kemasyarakatan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 50 kali sejak disiarkan pada 15 Nov 2013


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 243
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 23 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Webmaster

Penafian : Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691, Fax: 07-2200875

Hakcipta © 2014 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0