banner1
 

Pentadbiran Berita


12 Mac 2017 - Ahad PENCALONAN ANUGERAH PINGAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUN 2017

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah,
Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa surat daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru, surat rujukan: PPMDJB/01/02(17)17 bertarikh 05 Mac 2017 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk mencalonkan dan menghantar pencalonan bagi Peserta (Murid) dan Pemimpin (Guru) Pengakap dari sekolah tuan bagi anugerah tersebut dengan melengkapkan borang-borang yang disertakan sebanyak dua ( 2 ) salinan dan dikembalikan kepada Penolong Pesuruhjaya Pengakap ( Pentadbiran ) sebelum 01 April 2017 ( Sabtu ) dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan :-
2.1 Salinan Kad Keahlian Pengakap
2.2 Salinan Kad Pengenalan
2.3 Keputusan Peperiksaan Tahun 2016 ( UPSR, PT3, SPM, STPM, Diploma & Ijazah )
2.4 Sijil Pencapaian Pengakap
2.5 Sijil Perakuan/ Anugerah ( jika ada )

3. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Pencalonan Pingat Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2017 ( BORANG PPM ‘PKP1’ ) dan Panduan Syarat Pencalonan Pingat Kecemerlangan Pendidikan.

4. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi En. Ashley Tan Chee Kuang, Penolong Pesuruhjaya Pengakap – Unit Pentadbiran (010-2904529). Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai bagi melancarkan perjalanan program.

Sekian.



ANUGERAH AKADEMIK PENGAKAP 2017 (210) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 393 kali sejak disiarkan pada 12 Mac 2017 jam 23:03:56


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 21 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0