banner1
 

Pentadbiran Berita


19 Mac 2017 - Ahad PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2017

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimakumkan bahawa Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Dan Menengah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2017 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

1    PBB Sekolah Rendah ( P )         : 03 April 2017 (Isnin) : SK Taman Sutera : 7.00 pagi – 5.00 petang
2    PBB Kadet Remaja Sekolah - KRS ( P )     : 09 April 2017 (Ahad) : SMK Taman Nusajaya : 7.00 pagi – 5.00 petang    
3    PBB Badan Bukan Kerajaan – NGO ( P )     : 11 April 2017 (Selasa) : SMK Impian Emas : 7.00 pagi – 5.00 petang
4    PBB Badan Kerajaan – GO ( P )         : 24 April 2017 (Isnin) : SMK Medini : 7.00 pagi – 5.00 petang
        
5    PBB Sekolah Rendah ( L )         : 04 April 2017 (Selasa) : SK Taman Sutera : 7.00 pagi – 5.00 petang
6    PBB Kadet Remaja Sekolah - KRS ( L )     : 10 April 2017 (Isnin) : SMK Taman Nusajaya : 7.00 pagi – 5.00 petang    
7    PBB Badan Bukan Kerajaan – NGO ( L )     : 12 April 2017 (Rabu) : SMK Impian Emas    : 7.00 pagi – 5.00 petang
8    PBB Badan Kerajaan – GO ( L )         : 25 April 2017 (Selsa) : SMK Medini : 7.00 pagi – 5.00 petang


3.    Sehubungan dengan itu, sumbangan penyertaan bagi setiap pasukan beruniform yang menyertai ialah sebanyak RM150.00 ( Ringgit Malaysia : Satu Ratus dan Lima Puluh Ringgit Malaysia ). Sumbangan tersebut boleh dijelaskan dalam bentuk cek pada atau sebelum 26 Mac 2017 kepada :-

    Guru Besar SK Taman Sutera
1    PBB Sekolah Rendah ( Perempuan )    
2    PBB Sekolah Rendah ( Lelaki )    

    Pengetua SMK Taman Nusajaya
1    PBB Kadet Remaja Sekolah - KRS ( Perempuan )    
2    PBB Kadet Remaja Sekolah - KRS ( Lelaki )
    
    Pengetua SMK Impian Emas
1    PBB Badan Bukan Kerajaan – NGO ( Perempuan )    
2    PBB Badan Bukan Kerajaan – NGO ( Lelaki )
    
    SMK Medini
1    PBB Badan Kerajaan – GO ( Perempuan )    
2    PBB Badan Kerajaan – GO ( Lelaki )    

4.    Bersama-sama ini disertakan Borang Pendaftaran Pertandingan yang perlu dilengkap. Sesalinan borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Johor Bahru (u.p: Cik Norsyakinah binti Abdullah, Penyelia Kokurikulumu) pada atau sebelum 16 Mac 2017 sebagai tanda pengesahan penyertaan. Pengurus, jurulatih, guru pengiring dan peserta hendaklah hadir mengikut masa yang ditetapkan supaya pertandingan dapat berjalan dengan lancar.

5.    Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Norsyakinah binti Abdullah Penyelia Kokurikulum, PPD Johor Bahru di talian 07-2200444/ 012-3602653. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan terhadap makluman dan tindakan di atas adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.             


SURAT KAWAD KAKI JB 2017 (155) - klik utk muat turun

BORANG PENDAFTARAN (330) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 411 kali sejak disiarkan pada 19 Mac 2017 jam 08:59:30


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 19 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0