banner1
 

Pentadbiran Berita


19 Mac 2017 - Ahad JEMPUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA JARING PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN MSSD JOHOR BAHRU 2017

JEMPUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA JARING PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN MSSD JOHOR BAHRU 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa pertandingan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut;
Tarikh/Hari : 10 - 12 April 2017 (Isnin – Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Larkin, Johor Bahru

3. Berkaitan dengan itu, sekolah-sekolah dijemput menyertai pertandingan tersebut. Harap maklum mengenai bayaran yuran penyertaan setiap pasukan adalah sebanyak RM150.00 (Ringgit Malaysia Seratus dan Lima Puluh Sahaja) secara tunai atau cek kepada Pengetua KV (ERT) Azizah bagi setiap penyertaan sepertimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat penyelarasan yang telah dibuat bagi keseluruhan pertandingan ini. Bayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 30 Mac 2017.
Borang pendaftaran penyertaan yang telah dilengkapkan juga perlu dihantar bersama dengan yuran penyertaan kejohanan.

4. Kerjasama pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Nor Haslin binti Husain, Penyelaras Kejohanan Bola Jaring P-18 Tahun MSSDJB di talian 012-7706003.

Sekian, terima kasih.



SURAT JEMPUTAN KEJOHANAN (112) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua Sekolah-sekolah daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MUHAMMAD AZIZAN BIN AMIL | Penyelia Sukan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 227 kali sejak disiarkan pada 19 Mac 2017 jam 09:40:43


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 34 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: ppd_jb@moe.gov.my

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0