banner1
 

Pentadbiran Berita


12 Apr 2017 - Rabu PINDAAN TARIKH PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM BADAN KERAJAAN ( GO ) PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2017

Pengetua,
Sekolah-Sekolah Menengah,
Johor Bahru.
( rujuk Lampiran )

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Berdasarkan Kenyataan Akhbar Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara: Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan Hari Pelepasan Am Tambahan bagi Seluruh Negara pada Isnin, 24 April 2017.

3.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan tugas dan menghantar Pasukan Kawad Kaki dari sekolah tuan yang terlibat (rujuk Lampiran) bagi kategori PBB Badan Kerajaan ( GO ) yang dipinda tarikhnya mengikut ketetapan seperti berikut :-
    
i)    Kategori    : PBB Badan Kerajaan – GO ( L )
       Tarikh       : 25 April 2017 ( Selasa )
       Masa         : 7.30 pagi – 5.00 petang
       Tempat      : SMK Medini    

ii)    Kategori   : PBB Badan Kerajaan – GO ( P )
        Tarikh      : 26 April 2017 ( Rabu )
        Masa         : 7.30 pagi – 5.00 petang
        Tempat     : SMK Medini

Pendaftaran peserta    :  7.30 pagi       
Taklimat pengurus    :  7.45 pagi
Masa mula pertandingan    :  8.00 pagi        


4.    Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Norsyakinah binti Abdullah, Penyelia Kokurikulum PPD Johor Bahru (07-2200344 / 012-3602653). Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan bagi memastikan pertandingan ini dapat berjalan dengan lancar serta jayanya adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

PINDAAN TARIKH KAWAD GO JB 2017 (177) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Pengetua/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 266 kali sejak disiarkan pada 12 Apr 2017 jam 10:03:23


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 16 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0