banner1
 

Pentadbiran Berita


19 Jun 2017 - Isnin BENGKEL SEMAKAN DATA EOPERASI BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU

Semua Pengetua, 
Sekolah Menengah Harian,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

BENGKEL SEMAKAN DATA EOPERASI BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 

2. Untuk makluman tuan, Bengkel Semakan Data Eoperasi Bagi Sekolah-Sekolah Menengah Harian Daerah Johor Bahru  akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 21 Jun 2017 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : SMK Tasek Utara 2
3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Data hadir ke bengkel  tersebut.  Sila bawa bersama:
3.1  Laptop / Notebook dan wayar penyambung,
3.2  Broadband / Donggle YES/  CPE Zoom YES
3.3  Data Maklumat Kedudukan Guru terkini
3.4 Data Maklumat Enrolmen Pelajar dan Bilangan Kelas Operasi Tahun 2017 
3.5 Data Maklumat Bilangan Kelas Operasi Subjek Elektif/ MPT/ MPV/ PAV  Tahun 2017 

4. Dimaklumkan bahawa kemudahan makan dan minum tidak disediakan oleh penganjur. Manakala bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelanjaan berhemat di bawah pekeliling Perbendaharaaan Malaysia WP 1.10/2013 dipatuhi dimana sekiranya kenderaaan jabatan tidak dapat disediakan, pegawai dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri dan berkongsi dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa di bawah OS21000.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Baba Bin Ismail, Penolong PPD Pengurusan Sekolah (Menengah) di talian 07-2200372.

Sekian, terima kasih.



SURAT (380) - klik utk muat turun

Tindakan : Semua Pengetua, Sekolah Menengah Harian, Daerah Johor Bahru.

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong PPD KGSK / GSTT / GG

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 301 kali sejak disiarkan pada 19 Jun 2017 jam 08:24:13


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 15 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0