banner1
 

Pentadbiran Berita


16 Jul 2017 - Ahad PERINGATAN SEMULA : UJIAN PERCUBAAN UPSR DAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2017

Kepada,
Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Merujuk surat Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)  JPNJ.SPA(05)/600-6/2/1 JLD.5(49 dan 50), Ujian Percubaan UPSR dan Peperiksaan Percubaan SPM tidak Disetarakan. Namun begitu, pihak JPNJ akan menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI) dan item bagi Ujian dan Peperiksaan Percubaan tersebut. JSI dan 3 set soalan akan dimuat naik ke One Stop Data Center JPNJ. Sebagai langkah memastikan kelancaran pelaksanaan ujian dan peperiksaan percubaan ini, Setiausaha Peperiksaan sekolah dipertanggungjawabkan untuk memuat turun dari pautan One Stop Data Centre JPNJ (http://jpnjdata.net/ah/menu/index.html). Oleh itu, pihak sekolah perlu mengikut pelan tindakan berikut:
 Ujian/Peperiksaan Percubaan UPSR Percubaan SPM
Muat Turun JSI  14 Jun 20176 Julai 2017
Muat Turun dan Pemasangan Item2 Julai 2017  20 Julai 2017
Tarikh Akhir Pelaksanaan Ujian/ Peperiksaan 3 Ogos 2017  14 September 2017
 Tarikh Akhir Key In dalam SAPS  18 Ogos 2017  22 September 2017

Kerjasama tuan amat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Hanif bin Muhamad, Pen. PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PPD JB di talian 012-7623764.

Sekian, terima kasih.


Surat Percubaan SPM (136) - klik utk muat turun

Subjek Percubaan SPM (154) - klik utk muat turun

Surat Percubaan UPSR (306) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : Mohd. Najib bin Haron | Penolong PPD Sains dan Matematik (Rendah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 348 kali sejak disiarkan pada 16 Jul 2017 jam 14:02:41


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 1 ahli berdaftar dan 88 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: ppd_jb@moe.gov.my

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0