banner1
 

Pentadbiran Berita


7 Ogs 2017 - Isnin BENGKEL PEMBUGARAN SPM DAN PEMANTAPAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengetua 
Sekolah-sekolah Menengah 
Daerah Johor Bahru

Tuan,

BENGKEL PEMBUGARAN SPM DAN PEMANTAPAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bahasa Melayu Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan bengkel tersebut di atas seperti ketetapan berikut

Tarikh  :  13 Ogos 2017 (Ahad)
Tempat:   Dewan Seminar Aras 6, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Masa   :    9.00 pagi hingga 5.00 petang
Pendaftaran:  8.00 pagi 
3.    Sehubungan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor memohon tuan untuk membenarkan seorang Ketua Panitia Bahasa Melayu hadir ke bengkel tersebut. Makan dan minum peserta bengkel disediakan. Segala tuntutan bagi pelaksanaan bengkel ini pastikan perbelanjaan berhemah di bawah Arahan Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang melalui Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing. 

4.  Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Pn.Hjh. Norita binti Ahmad Alwi Penolong Ppd Bahasa Melayu (Menengah) melalui talian 012-7785832. 

Sekian, terima kasih.


Surat makluman (114) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORITA BINTI AHMAD ALWI | Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 251 kali sejak disiarkan pada 7 Ogs 2017 jam 15:16:38


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 21 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0