banner1
 

Pentadbiran Berita


13 Ogs 2017 - Ahad KARNIVAL PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah,
Johor Bahru.
( rujuk Lampiran – TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH )
        
Tuan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, surat rujukan: JPNJ.KOKO(37)/700-3/1/2( ) bertarikh 27 Julai 2017 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan serta menghantar Peserta dan Guru dari sekolah tuan ( rujuk Lampiran ) bagi mengikuti program tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-
    
Tarikh                         : 16 Ogos 2017 ( Rabu )
Pendaftaran               : 8.00 – 9.00 pagi
Tempat                        :   i.      SK (L) Bandar, Kluang        
                                         ii.     SK (P) Bandar, Kluang
                                         iii.    SK Tengku Mahmood 1, Kluang    
                                         iv.    SK Tengku Mahmood 2, Kluang
Bayaran Penyertaan  : RM20.00 setiap Peserta
Bayaran Kepada        : Guru Besar SK (P) Bandar, Kluang (Maybank: 001066608467)

*Peserta dan Guru Pengiring dikehendaki berkumpul di Pusat Kokurikulum JPN Johor Kem Tasek Utara (16 Ogos 2017 jam 6.30 pagi) dengan memakai kemeja-T TKRS dan seluar sukan. Sila bawa uniform TKRS No.3 untuk majlis penutupan rasmi.

3.    Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Tuan Haji Kamarudin bin Mohamad Tahir, Ketua Unit Kokurikulum JPN Johor (019-7166241) atau Encik Rosli bin Tumiran, Penyelia Kanan Kokurikulum JPN Johor (016-7734935) atau Mejar (KRS) Shahruddin bin Zaniel Abildin, Pegawai Tadbir (TKRS) Negeri Johor (011-58322030). Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



KARNIVAL PBB JOHOR 2017 (196) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Guru Besar/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 343 kali sejak disiarkan pada 13 Ogs 2017 jam 12:46:02


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 9 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0