banner1
 

Pentadbiran Berita


5 Mac 2017 - Ahad PEMBUGARAN KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA DAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1-6

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya surat JPNJ.KOKO.37/700-7/2/4 (      ) bertarikh 28 Februari 2017 adalah dirujuk dan berkaitan.

2.    Kebelakangan ini, isu basikal lajak dalam kalangan murid sekolah amat diberi perhatian oleh pelbagai pihak termasuk pihak media, pihak berkuasa mahupun orang awam. Justeru, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor ingin menegaskan agar semua sekolah dapat membugarkan semua Kelab Keselamatan Jalan Raya dan meneruskan modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) sebagai sisipan dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1-6 yang telah disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.     Untuk makluman tuan, objektif utama pembugaran ini adalah supaya murid-murid dapat menunjukan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya, memahami konsep keselamatan jalan raya dan mempamerkan sikap bertanggungjawab ketika berada di jalan raya. Berdasarkan objektif tersebut, pihak kami amat berharap pihak tuan dapat melaksanakan perkara ini dengan baik agar mesej sebenar tentang keselamatan jalan raya dapat disampaikan kepada semua murid. Bersama-sama ini disertakan bahan yang boleh dimuat turun melalui alamat berikut : https://sites.google.com/site/webpkjr/laman-web-pkjr .

4.     Pengetua dan Guru Besar juga digalakkan menjemput agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Polis Diraja Malaysia Cawangan Polis Trafik untuk memberikan pendedahan undang-undang dan ilmu keselamatan jalan raya.
Sekian, terima kasih.



Surat JPNJ (2049) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 497 kali sejak disiarkan pada 5 Mac 2017 jam 10:31:17


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 23 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0