banner1
 

Pentadbiran Berita


19 Mac 2017 - Ahad KARNIVAL BAHASA CINA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2017

Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan mengadakan Karnival Bahasa Cina seperti ketetapan berikut:

Tarikh              :     22 April 2017 (SABTU)
Tempat            :     SMK Taman Universiti, Johor Bahru
Masa               :     7.30 pagi
Pertandingan    :     1. Pertandingan Kuiz
                             2. Pertandingan Pidato

Tarikh               :     26 April 2017 (RABU)
Tempat             :     SMK Sultan Ismail, Johor Bahru
Masa                :     1.30 petang
Pertandingan     :     Pertandingan Kaligrafi

Tarikh               :     13 Mei 2017 (SABTU)
Tempat             :     SMK Taman Tun Aminah, Johor Bahru
Masa                :     7.30 pagi
Pertandingan     :     Pertandingan Deklamasi Sajak
        
3.    Semua sekolah yang mempunyai kelas Bahasa Cina dikehendaki mengambil bahagian. Sumbangan bagi setiap sekolah ialah sebanyak RM180.00 (RM90.00 untuk membiayai pertandingan peringkat daerah / RM90.00 untuk membiayai peringkat negeri. (Sila rujuk surat : JPNJ.SPA(05)/600-3/3/3 Jld.3(21)) . Sumbangan boleh dibuat kepada Pengerusi JKD Bahasa Cina (SMK Taman Bukit Indah) melalui cek berpalang atas nama PENGETUA SMK TAMAN BUKIT INDAH sebelum 2 April 2017.

4.    Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah mengucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi  Pn Tee Chin Chin di talian 07-2383767 atau 012-7668416. Kerjasama pihak tuan untuk menjayakan pertandingan tersebut amat dihargai dan kami didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.



Surat JPNJ (2050) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 301 kali sejak disiarkan pada 19 Mac 2017 jam 08:41:51


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 12 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0