banner1
 

Pentadbiran Berita


6 Apr 2017 - Khamis PINDAAN JADUAL PELAKSANAAN BAGI URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG34, DG32 DAN DG29 YNG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada,

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Jabatan Pendidikan Johor No. Ruj. JPNJ.NP(27)(S)/500-5/1/1 Jld. 5 (4) bertarikh 27 Mac 2017 dan Surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia No. Ruj : KPM.BPSM.S.500-1/2/4 JILID 5 (7) bertarikh 22 Mac 2017 menerangkan maksudnya.

3.Untuk makluman tuan, Jadual 1 adalah jadual baharu bagi permohonan melalui system epangkat, manakala Jadual 2 adalah bagi permohonan secara manual dengan mengisi boring yang disediakan yang kekal seperti jadual yang dikemukakan sebelum ini.

4. Mohon kerjasama Pembantu Tadbir Perkhidmatan, jika terdapat Guru Besar yang terlibat dalam urusan pemangkuan ini,  sila hantar dokumen-dokumen seperti di bawah untuk dikemaskini dan disahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah:-

a) Surat Perlantikan dan pengesahan jawatan,
b) Surat kenaikan pangkat ke jawatan semasa,
c) Salinan LNPT 2013, 2014 dan 2015 serta lampiran C dan D,
d) Surat pengisytiharan harta terkini.
e) Salinan Sijil Ijazah berkaitan untuk disahkan dan dimuatnaik dalam
     epangkat,
f) Salinan BPK yang mengandungi :
    - Tarikh Lantik DG29 dan Tarikh Pengesahan Jawatan,
    - Tarikh Kenaikan Pangkat terkini
    - Rekod terakhir dalam BPK

Sekian, terima kasih.



Surat Pindaan Permohonan (2050) - klik utk muat turun

Lampiran C D (2049) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar Sekolah-Sekolah daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORYASIMAH BINTI MOHD YASIN | Pembantu Tadbir

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 643 kali sejak disiarkan pada 6 Apr 2017 jam 13:48:45


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 10 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0