banner1
 

Pentadbiran Berita


4 Jun 2017 - Ahad PENYERTAAN SEKOLAH MENENGAH DALAM ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR 2017

Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya surat DBP/005.3/600-2/2/10 K.7 (     ) bertarikh 9 Mei 2017 adalah dirujuk dan berkaitan.

2.    Sehubungan dengan itu, semua Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru dimohon menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan. Berikut merupakan senarai kategori pertandingan yang dipertandingkan :

a.  Anugerah Citra Majalah
b.  Kategori Cerpen
c.  Kategori Esei
d.  Kategori Puisi

3.     Bersama-sama ini disertakan borang pendaftaran dan syarat untuk rujukan dan tindakan tuan. Karya yang telah siap hendaklah sampai ke Urus Setia sebelum 25 Julai 2017. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan  didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada Puan Faizah Yusof di talian 07-2341813 secara email di [email protected] atau Puan Azura Binti Mohd Halid di talian 07-2341813 secara email di [email protected] .

Sekian, terima kasih.



Surat PPD dan Borang Penyertaan (2053) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Daerah Johor bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 356 kali sejak disiarkan pada 4 Jun 2017 jam 11:34:03


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 27 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0