banner1
 

Pentadbiran Berita


19 Jun 2017 - Isnin KUTIPAN MAKLUMAT ASAS SEKOLAH - MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS) JUN 2017

Pengetua/ Guru Besar
Sekolah- sekolah
Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah menerusi Guru Data Maklumat (GDM) perlu mengemaskini Modul Pengurusan Sekolah (MPS) di URL https://emisonline.moe.gov.my/ atau https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php seperti mana ketetapan surat KPM.100-11/2/40 JLD 30 yang bertarikh 11 Januari 2017.

3. Pihak sekolah diminta memulakan pengemaskinian mulai 15hb hingga 22 Jun 2017 sebelum atau pada jam 9.00 pagi mengikut jadual kutipan data SPS-Modul Pengurusan Sekolah 2017 yang dilampirkan. Sekiranya tiada perubahan sila klik butang kemaskini agar tarikh terkini dipaparkan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu mengesahkan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah sebagai rujukan dan disimpan di dalam fail rasmi. Selain daripada itu, pihak tuan diminta untuk memastikan laporan pengesahan maklumat sekolah bertarikh bertarikh 22 Jun 2017 dibuat menerusi sistem pengesahan maklumat MPS secara atas talian pada URL http://jpnjohor.moe.gov.my/sppj/ selewat-lewatnya sebelum atau pada 6 Julai 2017.

5. Sebarang kemusykilan sila hubungi

En. Muhammad Azlan Shah   072200357 atau [email protected]

6. Kerjasama serta keprihatinan pihak sekolah untuk menjayakan kutipan data Modul Pengurusan Sekolah (MPS) Januari 2017 ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

SEHATI SEJIWA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


MUAT TURUN BAHAN

https://bigbox.1govuc.gov.my/user/public.php?service=files&t=4a2c57a1404d72c2d2890586e8fed374



Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ Guru Data Maklumat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MUHAMMAD AZLAN SHAH BIN ABDUL RAHIM | Penolong PPD Teknologi & Maklumat

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 475 kali sejak disiarkan pada 19 Jun 2017 jam 08:57:55


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 30 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0