banner1
 

Pentadbiran Berita


19 Jun 2017 - Isnin PERTANDINGAN KABADI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Pengetua,
Sekolah-Sekolah Menengah,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sehubungan dengan itu, semua Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru dijemput menyertai pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh                                 :    24 Jun 2017 (SABTU)
Masa                                   :    7.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat                                :    SMK Tan Sri Mohamad Rahmat, JB
Pakaian                               :    Sukan
Penyelaras Pertandingan    :    Pn.G.Subashany (SMK Tan Sri Mohamad Rahmat)
                                                 En.Tamilvanan (SMK Mutiara Rini)    

3.     Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah daerah Johor Bahru dan setiap pasukan terdiri daripada 10 peserta. Terdapat 2 kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Semua peserta wajib mematuhi peraturan asas permainan kabadi dan pertandingan akan diadakan secara liga kumpulan. Sekolah-sekolah yang ingin menyertai pertandingan tersebut perlu melengkapkan borang pendaftaran dan hantar kepada S/U JKD BT JB secara fax di talian 07-2358015 sebelum 19 Jun 2017. Segala pertanyaan sila hubungi En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Kokurikulum di talian 07-2200344 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.



Surat PPD dan Borang Penyertaan (2049) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 224 kali sejak disiarkan pada 19 Jun 2017 jam 10:57:01


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 29 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0