banner1
 

Pentadbiran Berita


13 Ogs 2017 - Ahad KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1 UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK, MUDA DAN REMAJA

Pengetua/ Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah
Johor Bahru.
( PENGAKAP )

Tuan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, surat rujukan: JPNJ.KOKO(37)/700-3/3/1( ) bertarikh 05 Julai 2017, surat daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor, surat rujukan: PPMNJ/PLNJ/09/07(52) bertarikh 09 Julai 2017 dan surat daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru, surat rujukan: PPMDJB/01/02(38)17 bertarikh 07 Ogos 2017 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan dan menghantar Pemimpin Pengakap (Guru) dari sekolah tuan bagi mengikuti kursus tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :-
    
Tarikh             : 24 – 26 Ogos 2017 ( Khamis – Sabtu )
Tempat            : SMK Yong Peng, Jalan Ann Yuen, 83700 Yong Peng, Batu Pahat
Penglibatan     : Pemimpin Pengakap yang telah menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan
Bayaran           : RM 80.00 seorang
Pendaftaran    : 24 Ogos 2017 ( 2.00 petang )


3.    Segala urusan pembayaran hendaklah dibuat atas nama PPM DAERAH JOHOR BAHRU - AMBANK CWGN BUKIT INDAH : 253-202-200046-3.

4.    Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi En. Kama Azhar bin Ab Karim, Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor (019-7237777) atau Encik Basri Efendi bin Masri, Setiausaha Pasukan Latihan Negeri Johor (012-7410257). Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai bagi melancarkan perjalanan program.

Sekian.



KURSUS MANIKAYU PEMIMPIN 2017 (2053) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 476 kali sejak disiarkan pada 13 Ogs 2017 jam 13:06:29


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 11 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0