banner1
 

Pentadbiran Berita


9 Okt 2017 - Isnin PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SECARA ONLINE / MANUAL SESI PERTUKARAN JANUARI 2018 BAGI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU

Pengetua,
Sekolah Menengah Harian,
Daerah Johor Bahru.

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SECARA ONLINE / MANUAL SESI PERTUKARAN JANUARI 2018 BAGI SEKOLAH MENENGAH HARIAN DAERAH JOHOR BAHRU 

Dengan segala hormatnya , perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri/Bahagian, Antara Daerah dan Dalam Daerah sesi Januari 2018 melalui Sistem eGtukar akan diproses berdasarkan data permohonan di sistem  eGTukar yang dibuka pada 1 Feb hingga 25 Mac 2017 yang lepas.

3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta untuk menghantar dokumen berikut (jika berkaitan):-
3.1 Kes Keselamatan dan Kes Sakit Kronik diri sendiri/ anak/ suami atau isteri 
a) Surat iringan sekolah.
b) Salinan borang e-GTukar yang telah ditandatangani oleh Pengetua,
c) Salinan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Pengetua.
(Laporan siasatan polis /Surat Akuan Doktor Hospital Kerajaan /Surat arahan perkhidmatan   suami/isteri)
3.2 Guru Cemerlang/ Guru Akademik Tingkatan Enam /Guru Yang Memegang Jawatan Hakiki di sekolah 
a)  Surat iringan sekolah mengikut kategori guru.
b) 3 Borang Permohonan Pertukaran Secara Manual (Antara Negeri/ Antara Daerah/ Dalam Daerah).
c) Salinan dokumen sokongan yang telah oleh Pengetua.

4. Mohon tuan menghantar dokumen tersebut ke Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru sebelum atau pada 25 Oktober 2017 (Rabu). Segala kerjasama tuan amatlah dihargai.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Baba bin Ismail, Pen. PPD Pengurusan Sekolah Menengah di talian 07-2200372. 

Sekian, terima kasih.



SURAT (2090) - klik utk muat turun

BORANG MANUAL ANTARA NEGERI (2122) - klik utk muat turun

BORANG MANUAL ANTARA DAERAH (2087) - klik utk muat turun

BORANG MANUAL DALAM DAERAH (2077) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Harian Daerah Johor Bahru.

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong PPD KGSK / GSTT / GG

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 647 kali sejak disiarkan pada 9 Okt 2017 jam 15:51:13


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 40 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.


Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta © 2015 Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru | Direkacipta menepati XHTML 1.0