banner1
 

Pentadbiran Berita


7 Mac 2018 - Rabu BENGKEL VERIFIKASI DATA RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI MODUL PENGURUSAN GURU (e-OPERASI) SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU BIL.1/ 2018

Guru Besar

Sekolah-sekolah Rendah,

Daerah Johor Bahru

 

Tuan,

 

BENGKEL VERIFIKASI DATA RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI MODUL PENGURUSAN GURU (e-OPERASI) SEKOLAH RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU BIL.1/ 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Sekolah Rendah, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan mengadakan bengkel verifikasi data ramis KPM bagi Modul Pengurusan Guru (e-Operasi) daerah Johor Bahru tahun 2018.

3.         Sehubungan itu, Guru Penolong Kanan 1 dan Pembantu Tadbir DIWAJIBKAN hadir ke bengkel verifikasi tersebut mengikut ketetapan berikut:

                        Kumpulan 1

Sekolah            :  Zon Bandar dan Zon Majidi

                        Tarikh              :  12 Mac 2018 (Isnin)

                          Masa                :  8.30 pagi – 5.00 petang

                          Tempat             :  Dewan Seri Temenggong, SK Temenggong Abdul Rahman 1

                        Kumpulan 2

                        Sekolah            :  Zon Skudai dan Zon Iskandar Puteri

                        Tarikh              :  14 Mac 2018 (Rabu)

                          Masa                :  8.30 pagi – 5.00 petang

                          Tempat             :  Dewan Seminar, PPD Johor Bahru

4.         Untuk makluman tuan, semua pegawai yang menghadiri bengkel ini diminta membawa bersama komputer riba dan sambungan wayar tambahan dalam sesi bengkel ini.

5.         Bagi tujuan tuntutan perjalanan, pastikan perbelajaan berhemt di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 1.4/2013 dan WP 1.10/2013 dipatuhi di mana sekiranya kenderaan jabatan tidak dapat disediakan, pegawai dikehendaki menggunakan kenderaan sendiri  dan berkongsi dengan dua atau lebih pegawai lain dan pembawa kenderaan dibenarkan membuat tuntutan di bawah OS21000 aktiviti masing-masing.

6.         Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Sariat Bin Mokmim, Penolong PPD Rendah di talian 07-2200242.                  

Sekian, terima kasih.




zon bandar dan majidi (346) - klik utk muat turun

zon skudai dan iskandar puteri jb (175) - klik utk muat turun

Tindakan : GPK 1 dan Pembantu tadbir

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : FIRDAUS BIN RIPIN | Penyelia Kanan Rendah

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 714 kali sejak disiarkan pada 7 Mac 2018 jam 12:27:47


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 260
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 72 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru