banner1
 

Pentadbiran Berita


8 Mac 2018 - Khamis JAMBORI LENCANA JAYA PENGKAP MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018

Pengetua,
Sekolah-Sekolah Menengah,
Johor Bahru.

Tuan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa surat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, surat rujukan: JPNJ/KOKO/600-3/3/12( ) bertarikh 11 Februari 2018, surat daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor, surat rujukan: PPMNJ/09/07/PM2018 bertarikh 15 Februari 2018, dan surat daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru, surat rujukan: PPMDJB/01/02(18)18 bertarikh 04 Mac 2018 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.
 
2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan memberi pelepasan dan menghantar ahli Pengakap Muda dari sekolah tuan bagi mengikuti program tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-

2.1 Tarikh : 22 hingga 24 Mac 2018 ( Khamis - Sabtu )
2.2 Tempat : Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor
2.3 Pendaftaran : 8.00 – 10.00 pagi ( 22 Mac 2018 )
2.4 Penglibatan : Ahli Pengakap Muda
2.5 Bayaran         : RM 120.00 seorang (termasuk bas)
3. Segala urusan pembayaran hendaklah dibuat atas nama PPM DAERAH JOHOR BAHRU - AMBANK CWGN BUKIT INDAH : 253-202-200046-3. 

4. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Encik Ali Asyraf bin Mohamed, Penolong Pesuruhjaya Daerah – Unit Pengakap Muda ( 019-7619935 ). Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



JAMBORI JOHOR 2018 (76) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/ PK Kokurikulum Sekolah Menengah

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Pengetua/ PK Kokurikulum Sekolah Menengah

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 238 kali sejak disiarkan pada 8 Mac 2018 jam 13:48:16


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 6 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru