banner1
 

Pentadbiran Berita


11 Mac 2018 - Ahad MESYUARAT AJK PPIM PERHUBUNGAN DAERAH JOHOR BAHRU KALI KEDUA

Pengetua/ Guru Besar
Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah
Johor Bahru.
( PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA – rujuk Lampiran )

Tuan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa surat daripada Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Johor Bahru, surat rujukan: PPIMDJB/08/JLD./2018/1/(03) bertarikh 4 Mac 2018 adalah dirujuk dan dengan jelas menerangkan maksudnya.

2. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada Guru Penasihat Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dari sekolah tuan (rujuk Lampiran) bagi menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-
2.1 Tarikh : 14 Mac 2018 ( Rabu )
2.2 Masa         : 2.00 petang
2.3 Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru
2.4 Sasaran : AJK PPIM Daerah Johor Bahru ( rujuk senarai )
2.5 Agenda :
i. Perutusan Pengerusi
ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
iii. Perkara-perkara berbangkit
iv. Pembentangan kertas-kertas kerja/ Fokus mesyuarat
a. Post-moterm Mesyuarat Agung ke-30
b. Perbincangan aktiviti tahun 2018
v. Hal-hal Lain & Penutup

3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Puan Khaliza binti Arbaa, Setiausaha Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubungan Daerah Johor Bahru (012-7734960). Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


MESY PPIM JB 2 2018 (194) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Pengetua/ Guru Besar/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 365 kali sejak disiarkan pada 11 Mac 2018 jam 17:38:58


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 259
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 12 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru