Pentadbiran Berita
12 Mac 2018 - Isnin JEMPUTAN PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH ZON (MSSZ) SKUDAI TAHUN 2018
Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah ,
Daerah Johor Bahru.
Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu,dimaklumkan bahawa kejohanan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :
Tarikh/Hari : 28 hingga 29 MAC 2018 (RABU-KHAMIS)
Masa : 8.00 pagi – 6.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan Kolej Tun Fatimah, UTM, Johor Bahru
3. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah dijemput menyertai kejohanan tersebut harap maklum mengenai yuran penyertaan sebanyak RM 180.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) untuk satu pasukansecara tunai atau cek kepada “ GURU BESAR SK TAMAN UNIVERSITI 2 ” sepertimana yang diputuskan di dalam mesyuarat penyelarasan yang telah dibuat bagi keseluruhan kejohanan ini. Bayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 15 Mac 2018.
4. Kerjasama pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Asraf bin Mazlan GPK Kokurikulum SK Taman Universiti 2 di talian 013-7381537 atau Pn Nur Alma Liyana bt Nordin, Pengerusi Teknik Bola Jaring MSSD Johor Bahru di talian 018-2282802.
Sekian , terima kasih .
Surat Jemp Penyertaan Bola Jaring B12 Zon Skudai (56) - klik utk muat turun
Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja