Pentadbiran Berita
13 Mac 2018 - Selasa MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) JOHOR BAHRU TAHUN 2018
Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Johor Bahru.
Tuan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh/Hari : 27 Mac 2018 / Selasa
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : SK Bukit Mutiara, Johor Bahru
3. Agenda
3.1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat
3.2 Ucapan Pengerusi Teknik Bola Sepak MSSD Johor Bahru
3.3 Penetapan Tarikh dan Tempat Pertandingan
3.4 Penerangan Syarat-syarat Penyertaan dan Pertandingan
3.5 Pembentukan Jawatankuasa Penyelaras Kejohanan
3.6 Yuran Penyertaan
3.7 Hal-hal lain
Pengerusi : Guru Besar, SK Bukit Mutiara, Johor Bharu
Pencatat : Setiausaha Sukan, SK Bukit Mutiara, Johor Bharu.
Pengerusi Teknik : En Ahmad Zahid Hamidi Badrul Sham (SK Kempas, Johor Bharu)
Pengerusi Pengadil : En Azizul bin Aziz ( Sk Nong Chik, Johor Bharu)
4. Pengurus Pasukan atau Wakil dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Ketidakhadiran adalah dianggap sebagai tidak berminat untuk menyertai kejohanan ini. Minta kerjasama pengurus Pasukan mengesahkan penyertaan ke kejohanan ini dengan menghubungi En Ahmad Zahid Hamidi bin Badrul Sham, Pengerusi Teknik Bola Sepak Sekolah Rendah MSSD Johor Bharu di talian 019-4212615.
5. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Surat Mesy Penyelarasan Kej Bola Sepak MSSD B12 (136) - klik utk muat turun
Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja