banner1
 

Pentadbiran Berita


14 Mac 2018 - Rabu MAKLUMAN TERKINI : PENGOPERASIAN SEMULA PORTAL NKRA UNTUK PENGISIAN DATA SKPMg2 FASA JANUARI HINGGA MAC 2018

Pengetua/Guru Besar/Setiausaha SKPMg2,
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah,
Daerah Johor Bahru


Tuan,


MAKLUMAN TERKINI : PENGOPERASIAN SEMULA PORTAL NKRA UNTUK PENGISIAN DATA SKPMg2 FASA JANUARI HINGGA MAC 2018


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa portal NKRA untuk pengisian data Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua (SKPMg2)
fasa Januari hingga Mac 2018 telah beroperasi seperti sediakala mulai 14 Mac 2018.

2. Justeru, pengisian portal NKRA untuk data SKPMg2 fasa Januari hingga Mac 2018 boleh diteruskan bagi pengisian Tahap Tindakan (TT),Tahap Kualiti (TK) dan
evidens.

3. Pastikan sekolah melengkapkan pengisian data SKPMg2 untuk Tahap Tindakan (TT), Tahap Kualiti (TK) dan evidens sebelum atau pada 26 Mac 2018 bagi membolehkan verifikasi data dijalankan
di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

4. Dilampirkan bersama status pengisian data SKPMg2 sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru bagi 14 Mac 2018, data dikutip jam 1200 tengah hari.


Sekian untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Kerjasama dan perhatian pihak sekolah dalam menjayakan SKPMg2 ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



SKPMg2 SR PAGE 1 (224) - klik utk muat turun

SKPMg2 SR Page 2 (175) - klik utk muat turun

SM SKPMg2 (142) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua, Guru Besar dan Setiausaha SKPMg2

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NUR NAZIHAH BINTI ZAKARIA | Penolong PPD Pengurusan Kualiti

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 489 kali sejak disiarkan pada 14 Mac 2018 jam 12:13:39


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 260
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 44 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru