banner1
 

Pentadbiran Berita


29 Mac 2018 - Khamis PERMOHONAN PEMANGKUAN KE GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) OLEH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG34, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN DI KPM BAGI URUSAN TAHUN 2018

Assallamualaikum dan Salam Sejahtera

Kepada,

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor rujukan JPNJ.NP.S.500-3/12/1 (15) bertarikh 26 Mac 2018 menerangkan maksudnya.

 2.         Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ( BPSM ), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Urusan Pemangkuan PPP Gred Gred DG38, DG34, DG32 dan DG29 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke gred DG42 (KUP) bagi urusan tahun 2018. Iklan bagi urusan pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) tahun 2018 telah dibuka menerusi sistem ePangkat http://epangkat.moe.gov.my/login.php pada 26 Mac 2018 hingga 30 April 2018.

 3.         Sehubungan dengan itu, mohon pihak sekolah memuat turun surat yang disertakan dan mengenalpasti PPP yang berkelayakan diploma dan telah memperolehi Ijazah semasa dalam perkhidmatan sebelum atau pada 31 Disember 2017 serta memenuhi syarat yang ditetapkan.

 4.         Bagi Guru Besar yang terlibat, semua dokumen yang telah dilengkapkan sebagaimana dilampiran senarai semak hendaklah dihantar ke Unit Perkhidmatan, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru sebelum/pada 15 April 2018 untuk pengesahan

 5.         Kerjasama tuan amat dihargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perkhidmatan, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru ( U.P : Pn Nor Yasimah binti Mohd Yasin ) melalui talian 07-2200386.

 

Sekian, terima kasih.




Surat PPD (129) - klik utk muat turun

Surat JPNJ (127) - klik utk muat turun

Surat BPSM (108) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORYASIMAH BINTI MOHD YASIN | Pembantu Tadbir

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 446 kali sejak disiarkan pada 29 Mac 2018 jam 11:07:32


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 16 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru