banner1
 

Pentadbiran Berita


15 Apr 2018 - Ahad LANTIKAN HAKIM DAN JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN STORY TELLING (LEVEL 1 & 2), ACTION SONG (LEVEL 1), PUBLIC SPEAKING, CHORAL SPEAKING, POETRY RECITATION DAN SCRABBLE SEMPENA KARNIVAL BAHASA INGGERIS ZON MAJIDI

Kepada,
Guru Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan

Melalui,
Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas rujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru amat berbesar hati melantik tuan sebagai hakim untuk pertandingan tersebut sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah (Zon Majidi) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :     28 April 2018 (SABTU)
Pendaftaran    :    7.30 pagi (di sekolah-sekolah berkenaan)
Tempat           :    Story telling (Tahap 1) - SK Bukit Mutiara
                            Story telling (Tahap 2) - SK Bukit Mutiara
                            Action Song – SK Sri Tebrau
                            Public Speaking – SK Bukit Mutiara
                            Choral Speaking – SJKC Foon Yew 1
                            Poetry Recitation – SK Bukit Mutiara
                            Scrabble – SK Bukit Mutiara

3.    Para hakim dan penyelaras pertandingan di minta hadir untuk satu taklimat penghakiman yang akan diadakan ada 18 April 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Bukit Mutiara pada pukul 2.00 petang. Kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadili pertandingan tersebut amat dihargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Chellam a/p Subramaniam, SK Bukit Mutiara di talian 013-7624390.

Sekian, terima Kasih.



Surat PPD dan Sekolah Terlibat (175) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar Sekolah Rendah Sekolah-sekolah Berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 371 kali sejak disiarkan pada 15 Apr 2018 jam 13:04:32


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 260
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 52 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru