banner1
 

Pentadbiran Berita


6 Mei 2018 - Ahad MAKLUMAT GURU BERCUTI (MEI 2018 - NOVEMBER 2018) UNTUK PERMOHONAN TAMBAHAN PERUNTUKAN KEWANGAN GURU GANTI KGSK 2018

Pengetua Sekolah Menengah Harian dan SABK,
Guru Besar SK, SABK, SJKC dan SJKT
Daerah Johor Bahru

Tuan,

MAKLUMAT GURU BERCUTI (MEI 2018 - NOVEMBER 2018) UNTUK PERMOHONAN TAMBAHAN PERUNTUKAN KEWANGAN GURU GANTI KGSK 2018

Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk

2. Mohon pihak sekolah untuk mengisikan maklumat guru-guru yang akan bercuti bagi jangka masa Mei 2018 sehingga November 2018. Kriteria jenis cuti yang diambil kira adalah:
   2.1 Cuti bersalin
   2.2 Cuti sakit berpanjangan (minimum sebulan)
   2.3 Cuti tanpa gaji/ separuh gaji kurang dari satu tahun

3. Data ini penting untuk dijadikan unjuran bagi permohonan tambahan peruntukan kewangan Guru Ganti KGSK bagi tahun 2018. Mana-mana sekolah yang tidak menghantar maklumat tersebut dianggap tidak mempunyai keperluan lantikan guru ganti KGSK.
 
4. Sehubungan itu, tuan diminta mengisi maklumat pada borang online pada pautan dibawah.
    4.1 Sila isikan maklumat pada borang online tersebut
    4.2 Setelah selesai mengisi seorang maklumat guru, sila tekan butang SUBMIT
    4.3 Bagi mengisi maklumat guru seterusnya jika lebih dari seorang terlibat, tekan butang SUBMIT ANOTHER RESPONSE

5. Pihak sekolah diminta menghantar maklumat tersebut sebelum atau pada  15 Mei 2018 (Selasa). Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Rohaizad Bin Selemin, Penolong PPD KGSK/GSTT/GG di talian 07-2200339 atau 019-7238303.


atau copy paste URL di bawah

http://gg.gg/ksgk2018

*Digalakkan menggunakan pelayar  GOOGLE CHROME

Sekian. Terima Kasih


Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah Harian dan SABK, Guru Besar SK, SABK, SJKC dan SJKT

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : ROHAIZAD BIN SELEMIN | Penolong PPD KGSK / GSTT / GG

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 582 kali sejak disiarkan pada 6 Mei 2018 jam 10:35:02


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 260
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 5 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru