banner1
 

Pentadbiran Berita


15 Mei 2018 - Selasa TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN (GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL DAN SAINS KOMPUTER) DAN TAKLIMAT PENATARAN TUGASAN KERJA KURSUS (SAINS SUKAN) MPEI TINGKATAN 5 TAHUN 2017/18 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengetua
Sekolah-Sekolah Berkenaan
Daerah Johor Bahru

Merujuk perkara di atas, Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan taklimat berkenaan seperti ketetapan berikut:

1. TAKLIMAT  PENYELARASAN PENSKORAN KERJA KURSUS MPEI (T5) SPM 2017/18 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Mata Pelajaran: Grafik Komunikasi Teknikal
Tarikh : 22 Mei 2018 (Selasa)
Tempat : PPD Muar
Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg
Peserta : Ketua Pentaksir Kawasan, Pentaksir Kawasan dan Seorang guru yang mengajar di tingkatan 5 tahun semasa bagi sekolah yang menawarkan mata pelajaran berkenaan.

2.TAKLIMAT PENATARAN TUGASAN KERJA KURSUS MPEI (T5) SPM 2017/18 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Mata Pelajaran: Sains Sukan
Tarikh : 23 Mei 2018 (Rabu)
Tempat : SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat
Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg
Peserta : Ketua Pentaksir Kawasan, Pentaksir Kawasan dan Seorang guru yang mengajar di tingkatan 5 tahun semasa bagi sekolah yang menawarkan mata pelajaran berkenaan.

3. TAKLIMAT  PENYELARASAN PENSKORAN KERJA KURSUS MPEI (T5) SPM 2017/18 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Mata Pelajaran: Sains Komputer
Tarikh : 24 Mei 2018 (Khamis)
Tempat : PPD Kota Tinggi
Masa : 8.30 pagi - 4.30 ptg
Peserta : Ketua Pentaksir Kawasan, Pentaksir Kawasan dan Seorang guru yang mengajar di tingkatan 5 tahun semasa bagi sekolah yang menawarkan mata pelajaran berkenaan.

Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama Ketua Pentaksir Kawasan, Pentaksir Kawasan dan senarai sekolah yang menawarkan mata pelajaran berkenaan. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi En. Mohd Hanif bin Muhamad Penolong PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PPD Johor Bahru di talian 012-7623764.

Sekian, terima kasih


Grafik Komunikasi Teknikal (40) - klik utk muat turun

Sains Sukan (36) - klik utk muat turun

Sains Komputer (42) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua-Pengetua Sekolah berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Penolong PPD Peperiksaan Awam

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 98 kali sejak disiarkan pada 15 Mei 2018 jam 08:05:55


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 260
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 6 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru