banner1
 

Pentadbiran Berita


6 Jun 2018 - Rabu MAKLUMAN PERUBAHAN BORANG ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM (AKK) PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah 
Daerah Johor Bahru


Tuan,

Dengan segala hormatnya surat JPNJ.KOKO.600-3/2/2 (     ) bertarikh 12 April 2018 adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu, semua Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru di minta menghantar sekurang-kurangnya satu calon dalam senarai anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2018 (rujuk lampiran 1). Borang-borang pencalonan dan panduan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2018 yang terkini diperolehi pada (5/6/2018) boleh di muat turun melalui laman web berikut : http://www.moe.gov.my/index.php/my/kokurikulum atau melalui laman web berikut :
http://ppdjb.edu.my/jbdat/konsep/index.php .

3. Borang pencalonan yang telah lengkap di isi dan di susun mengikut panduan hendaklah sampai ke Unit HEM PPD Johor Bahru sebelum atau pada 16 Julai 2018. 

4. Mohon kerjasama pihak tuan menghantar Borang Pencalonan yang telah lengkap di susun mengikut panduan pada tarikh yang telah ditetapkan kerana pihak PPD perlu membuat saring sebelum menghantar Borang Pencalonan yang terbaik ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Bersama-sama ini disertakan senarai Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2018 yang dipertandingankan untuk rujukan dan tindakan tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Kokurikulum PPD Johor Bahru di talian 07-2200344 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.



Surat JPNJ (194) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 484 kali sejak disiarkan pada 6 Jun 2018 jam 07:50:28


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 17 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru