banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Jun 2018 - Ahad TERPILIH MEWAKILI DAERAH JOHOR BAHRU DALAM KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2018

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Johor Bahru
Sekolah-sekolah berkenaan

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sehubungan dengan itu, pasukan sekolah tuan telah terpilih dalam pertandingan tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 2 Julai 2018 (ISNIN) 
Masa : 8.00 pagi 
Tempat : Pidato Piala Diraja SM - SMK Gemereh
Pidato Piala Diraja SR - SK Gemereh
Bercerita Tahap 1 - SK Bandar Putra
Bercerita Tahap 2 - SK Bandar Putra
Syarahan SJK - SJKC Bukit Siput
Mencari Perkataan - SJKC Bukit Siput
Ujian Bertulis - SJKC Bukit Siput
Bicara Berirama SM - SJKC Seg Hwa

3. Bersama-sama ini disertakan kertas konsep, undian giliran pertandingan peringkat negeri untuk rujukan dan tindakan tuan. Mohon kerjasama pihak sekolah membuat pendaftaran peserta pertandingan secara online di laman web berikut : http://ekokujpnj.com/ekokujpnj.php. Login dan password adalah sama, seperti yang telah diberikan pada GPK HEM dan GPK KOKO pada mesyuarat awal tahun. Borang Pendaftaran yang siap dimasukkan secara online hendaklah disahkan dan dibawa semasa hari pertandingan. Satu salinan borang berkenaan hendaklah diserahkan ke Unit HEM PPD Johor Bahru (u.p : En. Mohd Nor Ismail Bin Mohd Said) sebelum 27 Jun 2018.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Segala pertanyaan berkenaan perkara tersebut boleh ditujukan kepada En. Mohd Nor Ismail bin Mohd Said, Penolong PPD Kokurikulum, PPD Johor Bahru di talian 07-2200344 atau 013-7404008.

Sekian, terima kasih.




Surat JPNJ (165) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Sekolah-sekolah Berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID | Penolong PPD Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 357 kali sejak disiarkan pada 10 Jun 2018 jam 09:31:17


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 30 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru