banner1
 

Pentadbiran Berita


1 Ogs 2018 - Rabu PENGISIAN PORTAL STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG KEDUA (SKPMg2) FASA OGOS HINGGA NOVEMBER

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Johor Bahru

Tuan

PENGISIAN PORTAL STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG KEDUA (SKPMg2) FASA OGOS HINGGA NOVEMBER

Dengan segala hormatnya surat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KPM.600/1/5/5 Jld.3 (75) bertarikh 11 Januari 2018 dan arkib berita laman web Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru bertarikh 14 Januari 2018 bertajuk Pelaksanaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 Tahun 2018 adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan pengisian portal NKRA untuk data SKPMg2 fasa Ogos Hingga November telah beroperasi seperti sediakala dan boleh dilayari di pautan berikut nkra.moe.gov.my

3. Justeru, pengisian skor bagi Standard 1 hingga 4 dan juga perakuan Pengetua/Guru Besar di portal NKRA bagi fasa Ogos hingga November perlu dilengkapkan sebelum atau pada 4 November 2018 bagi memastikan semakan dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dapat dilaksanakan dan untuk mengelakkan kesesakan sistem pada saat-saat akhir. 

Sekian untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Pegawai kami Pn. Nur Nazihah Bt Zakaria, Pen. PPD Pengurusan Kualiti sedia membantu di talian 07-2200339.

Kerjasama dan perhatian pihak sekolah dalam menjayakan SKPMg2 ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



surat siaran skpmg2 01082018 (620) - klik utk muat turun

Tindakan : Semua Pengetua, Guru Besar dan Setiausaha SKPMg2

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NUR NAZIHAH BINTI ZAKARIA | Penolong PPD Pengurusan Kualiti

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 470 kali sejak disiarkan pada 1 Ogs 2018 jam 11:44:32


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 7 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]moe.gov.my

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru