banner1
 

Pentadbiran Berita


8 Ogs 2018 - Rabu BENGKEL PENGESANAN & INTERVENSI MURID BERKEPERLUAN KHAS DAERAH JOHOR BAHRU 2018

Guru Besar,

Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru.

Tuan,

 

BENGKEL PENGESANAN & INTERVENSI MURID BERKEPERLUAN KHAS DAERAH JOHOR BAHRU 2018

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan, Unit Pemulihan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan mengadakan satu bengkel seperti butiran berikut :

 

                  Tarikh                   : 9 Ogos 2018 (Khamis)

 

                  Masa                    : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

                  Tempat             : SK Taman Perling 3

 

                 

3.         Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru pemulihan tentang ciri-ciri murid berkeperluan khas serta kaedah penyelesaian dan teknik  yang boleh digunakan untuk membantu murid. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memberi pelepasan kepada Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan LINUS untuk hadir ke bengkel tersebut.

 

4.         Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi  Muhamad Bin Aziz, Penyelia Pendidikan Swasta di talian 017-7636046.

 

Sekian, terima kasih.



Tindakan : Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MUHAMAD BIN AZIZ | Penyelia Pendidikan Swasta

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 394 kali sejak disiarkan pada 8 Ogs 2018 jam 16:30:53


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 16 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru