banner1
 

Pentadbiran Berita


9 Okt 2018 - Selasa TAKLIMAT PENGURUSAN PENYELARASAN PENSKORAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 PERINGKAT NEGERI ZON 1 BAGI MATA PELAJARAN BAHASA TAMIL

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru Berkenaan

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Taklimat Pengurusan Penyelarasan Penskoran PT3 Zon 1 (Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pasir Gudang dan Pontian) bagi Mata Pelajaran Bahasa Tamil pada tahun ini diadakan diperingkat negeri sahaja dan tidak diadakan di peringkat daerah.Taklimat ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 14 dan 16 Oktober 2018 (Ahad dan Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : SMK Sri Rahmat

3. Sehubungan itu, bagi sekolah menengah diminta pihak tuan memastikan 2 orang guru yang mengajar subjek berkenaan di tingkatan 3 bagi tahun semasa diwajibkan hadir. Sekiranya, guru yang mengajar dalam kalangan guru POL, tuan perlu menghubungi guru berkenaan untuk hadir ke taklimat tersebut. Sekiranya, guru POL merupakan guru di sekolah rendah. Pihak kami memohon kerjasama Guru Besar untuk membenarkan guru berkenaan hadir ke taklimat kerana mereka personel yang terlibat dengan penandaan.

4. Guru-guru yang terlibat dikehendaki membawa 30 skrip mengikut aras 3:4:3 dan mengisi borang membawa skrip keluar serta perlu membawa Panduan Penskoran. Bersama-sama ini dilampirkan senarai Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) dan Pentaksir Kawasan (PKw) yang turut terlibat dengan taklimat ini. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi En. Mohd Hanif bin Muhamad Penolong PPD PBS di talian 012-7623764.

Sekian, terima kasih.


Senarai KPKw dan PKw Bahasa Tamil (102) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah Kerajaan dan Swasta

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Penolong PPD Peperiksaan Awam

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 187 kali sejak disiarkan pada 9 Okt 2018 jam 07:15:45


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 17 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru