Pentadbiran Berita
9 Okt 2018 - Selasa LAWATAN PENANDAARASAN KE SK CONVENT CAMERON HIGHLAND, PAHANG
Guru Besar
Sekolah Rendah
(Program Pendidikan Prasekolah KPM)
Daerah Johor Bahru
(Seperti lampiran)
Tuan,
LAWATAN PENANDAARASAN KE SK CONVENT CAMERON HIGHLAND, PAHANG
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Prasekolah/PERMATA, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan mengadakan lawatan tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 11 hingga 13 Oktober 2018 (Khamis hingga Sabtu)
Masa : 8.00 malam berkumpul di perkarangan PPD Johor Bahru
Tentatif : Rujuk lampiran
3. Pengangkutan disediakan dari PPD Johor Bahru ke tempat lawatan. Penginapan dan makan minum tidak disediakan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Nor Hidayah binti Mohd Bohari, Penolong PPD Prasekolah/PERMATA di talian 07-2200392.
Sekian, terima kasih.
SURAT LAWATAN PENANDAARASAN KE CAMERON HIGHLAND (249) - klik utk muat turun
Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja