banner1
 

Pentadbiran Berita


7 Nov 2018 - Rabu LANTIKAN JAWATANKUASA KERJA KURSUS PENTAULIAHAN SARJAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Johor Bahru.
( rujuk Lampiran )

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan Sekretariat TKRS Negeri Johor akan mengadakan Kursus Pentauliahan Sarjan TKRS Peringkat Negeri Johor 2018.

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan tugas dan mengarahkan Pegawai / Guru dari sekolah tuan (rujuk Lampiran) yang telah dilantik sebagai JAWATANKUASA KERJA untuk menjalankan tugas sepanjang program tersebut berlangsung yang akan dilaksanakan pada ketetapan berikut :-

2.1 Tarikh : 10 – 14 November 2018 ( Sabtu – Rabu )
2.2 Tempat : Tapak Perkhemahan Kolej Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor
2.3 Peserta : 430 orang ( 350 Murid , 80 Guru )

3. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Norsyakinah binti Abdullah, Penyelia Kokurikulum PPD Johor Bahru (012-3602653) atau Puan Siti Nor Haliza binti Abdul Rahim, Pegawai Tadbir TKRS Daerah Johor Bahru (019-7017047). Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih bagi melancarkan lagi perjalanan program.

Sekian.



LANTIKAN AJK SARJAN TKRS 2018 (131) - klik utk muat turun

Tindakan : Guru Besar/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Pembantu Khas Pencegahan Dadah
Tindakan : Guru Besar/ PK Kokurikulum Sekolah Terlibat

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORSYAKINAH BINTI ABDULLAH | Penyelia Kokurikulum

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 152 kali sejak disiarkan pada 7 Nov 2018 jam 08:15:19


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 10 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru