banner1
 

Pentadbiran Berita


7 Nov 2018 - Rabu PERUBAHAN TEMPAT TAKLIMAT PENATARAN FORMAT INSTRUMEN PT3 MULAI TAHUN 2019 BAGI MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Semua Pengetua
Sekolah Kerajaan dan Swasta
Daerah Johor Bahru

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan taklimat tersebut dan terdapat perubahan tempat sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 12 dan 13 November 2018
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SK Temenggong Abdul Rahman 1 (Lokasi Baru)
: SMK Tun Syed Nasir Ismail (Lokasi Asal)


3. Sehubungan itu, tuan diminta mengarahkan Seorang Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP) Bahasa Inggeris PT3 di sekolah tuan untuk hadir ke taklimat tersebut. Peserta taklimat diminta membawa komputer riba.

4. Tuntutan perjalanan peserta akan dibayar mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. Tuntutan perjalanan akan ditanggung oleh Lembaga Peperiksaan. Peserta diminta membawa salinan surat panggilan taklimat, salinan kad pengenalan, salinan buku akaun bank gaji dan salinan peta Google Maps yang menunjukkan jalan yang diikuti (hanya kakitangan awam sahaja).

5. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Hanif bin Muhamad Penolong PPD Pentaksiran Berasaskan Sekolah di talian 012-7623764.

Sekian, terima kasih.



Tindakan : Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Kerajaan dan Swasta

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : MOHD ZAMRI BIN JAMALUDDIN | Penolong PPD Peperiksaan Awam

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 135 kali sejak disiarkan pada 7 Nov 2018 jam 09:55:59


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 256
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 14 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru