Pentadbiran Berita
7 Nov 2018 - Rabu JEMPUTAN MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG BAWAH 11 TAHUN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2018
Guru Besar,
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Johor Bahru.
Tuan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 08 November 2018
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SJKC KUO KUANG, Johor Bahru
3. Agenda
3.1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat
3.2 Penetapan Tarikh dan Tempat Pertandingan
3.3 Penerangan Syarat-syarat Penyertaan dan Pertandingan
3.4 Pembentukan Jawatankuasa Penyelaras Kejohanan
3.5 Hal-hal lain
Pengerusi : En. Mohamad Rashid bin Paboh (Penyelia Sukan, PPD JB)
Pencatat : Setiausaha Sukan, SJKC Kuo Kuang
Pengerusi Teknik : Encik Chan Wei Yi (SJKC Pu Sze)
4. Tuan/ Puan atau wakil dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Ketidakhadiran adalah dianggap sebagai tidak berminat untuk menyertai kejohanan ini. Maklumat lanjut sila hubungi Encik Chan Wei Yi, Pengerusi Teknik Sukan Bola Keranjang di talian 016-7615920.
5. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/ puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Surat Jemp Mesyuarat Pert B Keranjang U11 2018 (53) - klik utk muat turun
Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja