banner1
 

Pentadbiran Berita


3 Jul 2019 - Rabu PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2019 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BARHU DENGAN KERJASAMA YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengetua sekolah berkenaan
(Rujuk Lampiran Sekolah)

Tuan,

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2019 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU DENGAN KERJASAMA YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri akan mengadakan program kecemerlangan SPM bagi sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan menghantar seorang guru pengiring dan pelajar Tingkatan 5 (pelajar GALUS) mengikut bilangan yang ditetapkan dalam lampiran untuk menghadiri program berkenaan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh  : 13 Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang 
Tempat : Dewan SMK Taman Sutera

4.  Makan dan minum akan disediakan  tetapi pengangkutan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Pihak sekolah diminta mengurus pengangkutan dan surat kebenaran membawa pelajar keluar serta mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa program. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Norita Bt Ahmad Alwi Pen PPD Bahasa Melayu ( Men) melalui talian 012-7785832.

Sekian, terima kasih.



Surat makluman dan lampiran sekolah (96) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua dan Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : NORITA BINTI AHMAD ALWI | Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 234 kali sejak disiarkan pada 3 Jul 2019 jam 11:14:35


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 20 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru