banner1
 

Pentadbiran Berita


9 Jul 2019 - Selasa PERTANDINGAN CATUR BISTARI SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN WAQAF AN-NUR ANJURAN WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD DAN JOHOR CORPORATION.

Pengetua, Sekolah Tun Fatimah,
Pengetua, Maktab Sultan Abu Bakar,
Pengetua, SMK Sultanah Engku Tun Aminah,
Pengetua, SMK Mutiara Rini,
Pengetua, SMK Taman Sutera,
Pengetua, SMK (P) Sultan Ibrahim,
Pengetua, SMK Taman Tun Aminah,
Pengetua, SMK Majidi Baru 2,
Johor Bahru.
 

Tuan,

PERTANDINGAN CATUR BISTARI SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN WAQAF AN-NUR ANJURAN WAQAF AN-NUR CORPORATION BERHAD DAN JOHOR CORPORATION.

Dengan segala hormatnya surat daripada Waqaf An-Nur Corporation Berhad, surat rujukan Bil.(13) WAN/16/BISTARI/CB bertarikh 08 Julai 2019 dan surat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, surat rujukan JPNJ.KOKO/600-3/4/22 (  ) bertarikh 30 Jun 2019 dan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, sekolah tuan dijemput menyertai program di atas pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 13 Julai 2019 (Sabtu)
Tempat : @MART Kempas, Johor Bahru
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Pendaftaran : 10.00 pagi – 10.30 pagi
Pertandingan : 10.30-12.30 tengah hari
3. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dipohon untuk menghantar seorang guru dan tiga (3) orang pelajar dari sekolah tuan untuk hadir ke program tersebut. Makan minum peserta akan disediakan oleh pihak penganjur. Borang penyertaan perlu email ke [email protected] atau WhatsApp/Telegram ke 019-7196500.

4. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi En. Ramli bin Hj Abdullah di talian 0197196500 atau Cik Nor Wahidah binti Md Kassim di PPD Johor Bahru (019-7813628). Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan adalah sangat dihargai.  

Sekian, terima kasih.



Pertandingan catur bistari 1 (18) - klik utk muat turun

pertandingan catur bistari 2 (16) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua sekolah berkenaan

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 95 kali sejak disiarkan pada 9 Jul 2019 jam 13:21:30


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 7:39am

Jumlah ahli berdaftar: 255
Terdapat 1 ahli berdaftar dan 60 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru