banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Jul 2019 - Rabu PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019

 Pengetua/ Guru Besar

Sekolah Menengah dan Rendah

Johor Bahru.


Tuan,


PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimakumkan bahawa Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-


2.1 Tarikh : 17 Julai 2019 ( Rabu )

2.2 Masa : 7.30 pagi – 6.00 petang 

2.3 Tempat : SMK Gelang Patah, Johor Bahru

3. Sehubungan dengan itu, yuran penyertaan bagi setiap sekolah yang menyertai ialah sebanyak RM150.00 ( Ringgit Malaysia : Seratus Lima Puluh ). Yuran tersebut hendaklah dijelaskan dalam bentuk cek atas nama GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG PENDAS pada 11 Julai 2019 sebelum jam 12.00 tengah hari.


4. Bersama-sama ini disertakan Minit Mesyuarat Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2019 sebagai rujukan.


5. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi En. Mohd. Najib bin Hashim, Pegawai Teknikal Silat Seni Daerah (019-7512705) atau Cik Nor Wahidah binti Md Kassim, di  PPD Johor Bahru ditalian 07-2200344/019-7813628. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan terhadap makluman dan tindakan di atas adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.




PERTANDINGAN SILAT 2019 (100) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua / Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 197 kali sejak disiarkan pada 10 Jul 2019 jam 14:29:23


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 18 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru