banner1
 

Pentadbiran Berita


10 Jul 2019 - Rabu LANTIKAN WASIT (JURI) PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah
Johor Bahru.
( rujuk Lampiran )

Tuan,

LANTIKAN WASIT (JURI) PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan mengadakan Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2019. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memberi pelepasan tugas dan menghantar Pegawai/ Guru dari sekolah tuan (rujuk Lampiran) yang telah dilantik sebagai Wasit (Juri) bagi menjalankan tugas sepanjang pertandingan tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:-

2.1 Tarikh : 17 Julai 2019 ( Rabu )
2.2 Masa : 7.30 pagi – 6.00 petang 
2.3 Tempat : Dewan, SMK Gelang Patah, Johor Bahru
2.4 Pakaian : Uniform Silat
3. Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Cik Nor Wahidah binti Md Kassim, di PPD Johor Bahru (019-7813628 / 07-2200344) atau En. Mohd. Najib bin Hashim, Pengerusi Teknik Silat Daerah Johor Bahru (019-7512705). Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



JURI SILAT 2019 (142) - klik utk muat turun

Tindakan : Pengetua / Guru Besar

Berita Ini Telah Ditulis Oleh : AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH | Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Murid)

Berita Ini Telah Dibaca Sebanyak 220 kali sejak disiarkan pada 10 Jul 2019 jam 14:32:36


Pengesahan Telah Baca Berita
Oleh Warga Sekolah Johor Bahru Sahaja

Cetak Muka Surat Ini

[Semak Akuan Baca Oleh Sekolah]

[Kembali Ke Muka Depan]

 
Laman ini dikemaskini kali terakhir pada : 10 April 2017 3:39pm

Jumlah ahli berdaftar: 246
Terdapat 0 ahli berdaftar dan 49 pelawat sedang melayari laman web ini sekarang.

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Webmaster

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel: 07-2200691 Fax: 07-2200875 Emel: [email protected]

Hakcipta Terpelihara © 2015 Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Unit Teknologi dan Maklumat, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru